Latar belakang Bencana lombong Listvyazhnaya

Lombong Listvyazhnaya adalah sebahagian daripada SDS-Holding, yang dimiliki oleh Kesatuan Perniagaan Siberia . Menurut media tempatan,—letupan metana di lombong yang sama telah menyebabkan 13 kematian pada tahun 2004. Pada tahun 2016, berikutan bencana lombong Vorkuta, pihak berkuasa Rusia menilai semula aspek keselamatan di 58 buah lombong arang batu di negara itu dan mengisytiharkan 34% daripadanya berpotensi tidak selamat. Laporan media menyatakan bahawa Listvyazhnaya tidak termasuk dalam kategori tersebut. [3]

Menurut agensi berita bebas Rusia Interfax, pemeriksaan terakhir lombong Listvyazhnaya telah dilakukan pada 19 November lalu. [1] [4] Selepas kemalangan itu, pegawai penguatkuasa undang-undang menyatakan bahawa sebelum ini terdapat aduan dari pelombong mengenai tahap metana yang tinggi di lombong. [3] Ahli keluarga terdekat mangsa turut mendakwa kebakaran pernah berlaku di lombong itu sepuluh hari sebelumnya. [1] [5]

Rujukan

WikiPedia: Bencana lombong Listvyazhnaya https://www.aljazeera.com/news/2021/11/25/over-a-d... https://apnews.com/article/business-europe-explosi... https://www.dw.com/en/russia-over-50-people-die-in... https://www.france24.com/en/europe/20211125-dozens... https://www.reuters.com/markets/commodities/russia... https://www.themoscowtimes.com/2021/11/26/more-tha... https://tass.ru/proisshestviya/13046569 https://tass.ru/proisshestviya/13046847 https://www.bbc.co.uk/news/world-europe-59421319